Missing my CAPITAL E
Assalamualaikum. Annyeong. Firstly korang okay ? Terima kasih sebab sudi singgah and baca entry aku tis time. Aku nak cerita pasal ex aku ni.
Cerita dia bermula begini. Sesiapa yang duduk area rembau, sermban or tampin mesti tau yang semalam iaitu bertarikh 20.10.2012 ada mini karnival tune talk dekat dataran rembau. So situ ramai orang datang termasuk lah aku sekali. dekat dataran rembau tuh diorang kata Safee sali dengan maskot boboiboy datang. So, mak aku bawak lah aku dengan adik-2 aku datang sana. Aku datang pagi.
Tak nak panjang-2 kan cerita, time tuh aku boleh agak yang ex aku, capitalE mesti datang, tapi dengan awek dia lah. Of course lah kann. Then dalam pukul 3 lebih camtu lah baru aku nampak batang hidung dia. Tapi dia dengan awek dia. Masa tuh aku rasa macam nak menjerit and menangis sebab jeles tengok dia dengan awek dia. Lepas tuh aku biarkan aje lahh. Takkan nak tergedik-2 pergi kat dia. Silap-2 perang besar boleh jadi. Dah lama lepas tuh aku ingat nak pergi beli air sebab haus sangat. aku pergi dengan adik aku. aku pun pergilah dekat tempat orang-2 yang jual-2 tuh. *tak tahu nak ckp macam mana* Jalan punya jalan tiba-2 aku ternampak dia tengah buat burger dengan kawan dia. Awek dia siap teman lagi kat situ.
Lepas beli air adik aku paksa-2 aku teman kan dia beli burger dekat gerai ex aku tuh. Memang tak lah aku nak pergi. Tapi lepas kena pujuk banyak kali, aku mengalah, pergi jugak lahh. Tapi masa tuh dia dah takde. Tak tahu pergi mana. Masa adik aku tunggu burger dia siap tuh aku ingat nak blah dulu sebab takut ex aku sampai. Aku pun jalan ke depan tinggalkan adik aku dulu. Masa tengah jalan tuh tiba-2 ex aku datang jalan dengan kawan-2 dia betul-2 depan mata aku. Mata kitorang bertentang. Aku tak menunjukkan apa-2 reaksi tapi dalam hati dah berbunga-2. Senyum sampai ke telinga. Lepas burger adik aku siap, aku pun jalan lah cari tempat duduk yang redup sikit. Aku dengan adik aku duduk bawah pokok. Aku duduk beutl-2 mengadap ex aku tapi jauh lahh. Masa tuh aku dah mula teringat balik kenangan aku dengan ex aku. Memang sampai bila-2 takkan lupa.
Tak cukup lagi lepas tuh ex aku dengan kawan-2 dia jalan menuju ke arah aku tapi nak pergi ke tempat lain lah. Aku dah pusingkan badan aku. Kalau boleh tak nak bertentang mata dengan dia. Takut cinta berputik balik. Haahah. Bila dia dah jauh barulah aku betulkan badan aku balik. Dari jauh aku boleh nampak yang dia pandang-2 aku sambil cakap-2 dengan kawan dia. Muka aku dah blush gila time tuh. Then aku nampak dia macam nak balik dengan awek dia. Tapi nak dibandingkan aku dengan awek dia, aku lagi okay dari awek dia. Serious. Ex aku pernah cakap yang taste dia semua berbadan gempal. Awek dia yang sekarang ni lagi besar dari aku kot. Tak tahu lah kenapa taste dia camtu. Tapi sekarang ni aku memang betul rindukan dia. Nak text dia aku takut aku mengacau dia. Takpelah, kalau betul aku ada jodoh dengan dia, maknanya adalah tu kan ? AKU STILL SAYANG AND RINDU DENGAN KAU CAPITAL E. AKU NAK KAU ADA DENGAN AKU SEKARANG. :'(
Older Post